Category Archives: Perumahan

Mesyuarat Bersama JMB Flat Merak AU2B

Hulu Kelang, 4 Mac 2015 – Saari telah diundang hadir kr mesyuarat bersama JMB Flat Merak bagi membincangkan beberapa masalah berbangkit yang dihadapi oleh mereka.

Saari mendengar masalah yang dihadapi JMB dan bersedia membantu menyelesaikan beberapa masalah yang dibangkitkan
Saari mendengar masalah yang dihadapi JMB dan bersedia membantu menyelesaikan beberapa masalah yang dibangkitkan
Meninjau bilik yang bakal dijadikan pejabat JMB
Meninjau bilik yang bakal dijadikan pejabat JMB yang dalam proses pembinaan
Meninjau gelanggang futsal yang terbengkalai
Meninjau gelanggang futsal yang terbengkalai
Bergambar kenangan bersama AJK JMB Flat Merak sebelum meninggalkan majlis
Bergambar kenangan bersama AJK JMB Flat Merak sebelum meninggalkan majlis

Ziarah Rumah Terbakar di Taman Desa Keramat AU2C

Hulu Kelang, 21 Februari 2015 – Saari telah bergegas ke lokasi kebakaran setelah menerima makluman penduduk mengenai kebakaran yang berlaku di Jalan AU2C/6 Taman Desa Keramat. Sebanyak dua buah rumah terlibat dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Saari dan penduduk memerhatikan pihak bomba memadamkan kebakaran
Saari dan penduduk memerhatikan pihak bomba memadamkan kebakaran
Bomba berjaya mengawal kebakaran dari merebak ke rumah bersebelahan
Bomba berjaya mengawal kebakaran dari merebak ke rumah bersebelahan
Keadaan dalam rumah yang terbakar
Keadaan dalam rumah yang terbakar
Kebakaran dikatakan berlaku sekitar jam 11:20 malam
Kebakaran dikatakan berlaku sekitar jam 11:20 malam
Saari dan tuan rumah menerima penerangan dari pihak bomba mengenai kebakaran tersebut
Saari dan tuan rumah menerima penerangan dari pihak bomba mengenai kebakaran tersebut

Mesyuarat Bersama MPAJ Dan JMB Sunway Rydgeway

Hulu Kelang, 12 Januari 2015 – Saari telah hadir ke mesyuarat bersama Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan JMB Sunway Rydgeway bagi membincangkan beberapa isu berbangkit berkenaan pembangunan sekitar kawasan penempatan mereka.

Mesyuarat & Meninjau Aduan Rakyat di Sekitar Lembah Keramat AU5C

Hulu Kelang, 12 Januari 2015 – Saari bersama penduduk dan wakil surau Al-Mustaqim Lembah Keramat telah melawat sekitar Pusat Dialisis Rakyat bagi mendengar beberapa aduan rakyat sekitar.

Melawat Mangsa Kebakaran Flat Taman Ar-Ridhuan

Hulu Kelang, 5 Januari 2014 – Saari telah meluangkan masa menziarahi rumah mangsa kebakaran di Flat Taman Ar-Ridhuan. Kejadian dikatakan berlaku sekitar jam 11:30 pagi  melibatkan sebuah unit rumah di tingkat 3 dan 4. Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Mendengar Permasalahan JMB Pangsapuri Taman Ukay Indah

Hulu Kelang, 26 Disember 2014–  Saari telah mengadakan mesyuarat ringkas bersama Ahli Jawatankuasa JMB Pangsapuri Ukay Indah bagi mendengar permasalahan yang dihadapi oleh mereka yang telah diadakan d Blok B, Pangsapuri Ukay Indah, Sg Sering.

Saari mendengar penerangan daripada AJK JMB Pangsapuri Ukay Indah terhadap masalah yang dihadapi oleh mereka berkenaan kerjasama penduduk untuk membayar yuran bulanan maintainan yang mengakibatkan lif tidak dapat diselenggara
Saari mendengar penerangan daripada JMB terhadap masalah yang dihadapi oleh mereka berkenaan kerjasama yang diberikan oleh penduduk untuk membayar yuran bulanan senggaraan yang mengakibatkan beberapa lif tidak dapat berfungsi akibat rosak dan tiadak dapat diselenggara akibat masalah kewangan yang dihadapi
Notis
Notis bagi mengelakkan lif dari dirosak
Memo
Memo pengambilalihan kuasa pengurusan kepada JMB Pangsapuri Ukay Indah

Mesyuarat Pembinaan Surau Al-Ukhuwah Ukay Bistari

Hulu Kelang, 26 Jun 2014 – Saari telah mengadakan mesyuarat bersama MPAJ, Jawatankuasa Penaja Surau Al-Ukhuwah, wakil persatuan penduduk Ukay Bistari dan Nusa Tropika bagi menyelesaikan beberapa isu berbangkit berhubung pembinaan Surau Al-Ukhuwah, Ukay Bistari.

Saari mempengerusikan mesyuarat meminta semua pihak menyatakan pendapat dan pandangan dalam menyelesaikan aduan berhubung pembinaan Surau Al-Ukhuwah
Saari mempengerusikan mesyuarat meminta semua pihak menyatakan pendapat dan pandangan dalam menyelesaikan aduan berhubung pembinaan Surau Al-Ukhuwah
Pengerusi Penaja Surau Al-Ukhuwah, YM Mejor (B) Raja Shafauddin Raja Sulaiman menyampaikan hasrat dan tindakan yang dilakukan oleh mereka mempercepatkan pembinaan surau
Pengerusi Penaja Surau Al-Ukhuwah, YM Mejor (B) Raja Shafauddin Raja Sulaiman menyampaikan hasrat dan tindakan yang dilakukan oleh mereka untuk mempercepatkan pembinaan surau baru
Wakil penduduk Nusa Tropika, En Johari menyatakan hasrat penduduk yang kurang senang keadaan simpang masuk ke surau yang bakal dibina kerana terlalu hampir dengan pintu masuk perumahan mereka dan mengundang bahaya pada penduduk

Pada mesyuarat tersebut MPAJ telah bersetuju untuk mengubah laluan masuk surau dan satu pelan baru akan dilakar atas persetujuan semua pihak
Pada mesyuarat tersebut MPAJ telah bersetuju untuk mengubah laluan masuk surau dan satu pelan baru akan dilakar atas persetujuan semua pihak
Pada 4 Mei 2011 Dato' Menteri Besar telah mewartaan tanah seluas 0.429 ekar sebagai tapak surau di Jalan Nusa Tropika 1, Ukay Bistari
Pada 4 Mei 2011 Dato’ Menteri Besar telah mewartaan tanah seluas 0.429 ekar sebagai tapak surau terletak di Jalan Nusa Tropika 1, Ukay Bistari
Kawasan pintu masuk ke surau yang mendapat bantahan penduduk Nusa Tropika
Kawasan pintu masuk ke surau yang mendapat bantahan penduduk Nusa Tropika
Alhamdulillah penyelesaian dapat dicapai antara semua pihak dan kerja pembangunan Surau Al-Ukhuwah akan dibina pada waktu terdekat
Alhamdulillah penyelesaian dapat dicapai antara semua pihak dan kerja pembangunan Surau Al-Ukhuwah akan dibina pada masa terdekat

Mesyuarat Mengatasi Masalah Banjir di Town House Kemensah

Hulu Kelang, 4 Jun 2014 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah mengadakan mesyuarat bersama Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Ahli Majlis MPAJ Zon 1, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Penghulu Mukim DUN Hulu Kelang, Pengerusi JKKK Kg Kemensah dan beberapa wakil penduduk bagi mengatasi masalah banjir di Town House Kemensah.

Saari mempengerusikan mesyuarat meminta agensi terlibat dapat bekerjasama menyelesaikan masalah berbangkit
Saari mempengerusikan mesyuarat meminta agensi terlibat dapat bekerjasama dan seterusnya satu keputusan dapat dicapai bagi menyelesaikan permasalahan yang dibangkitkan
Menurut Pegawai MPAJ, mereka telah mengadakan lawatan ke tempat kejadian pada 2 Jun dan sudah mengenalpasti masalah punca berlakunya banjir di Town House Kemensah
Menurut Pegawai MPAJ, mereka telah mengadakan lawatan ke tempat kejadian pada 2 Jun dan sudah mengenal pasti masalah punca berlakunya banjir di Town House Kemensah
Saari dibekalkan dengan gambar semasa berlakunya banir
Saari dibekalkan dengan gambar semasa berlakunya banir
Satu keputsan telah diambil dengan kerja menggali longkang tersumbat akan diselesaikan pada minggu ini
Satu keputsan telah diambil dengan kerja menggali longkang tersumbat dan membesarkan longkang akan disegerakan pada minggu ini

Mengadakan Lawatan Ke Tokong See Sian Tong, Ukay Perdana

Hulu Kelang, 26 Mei 2014 – Saari telah mengadakan lawatan ke Tokong See Sian Tong, Ukay Perdana bagi mendengar permasalahan yang dihadapi oleh mereka.

Mr Yap mewakili pihak tokong memberi penerangan kepada Saari
Mr Yap mewakili pihak tokong memberi penerangan kepada Saari
Menurup Mr Yap, Tokong telah beroperasi sejak 12 tahun yang lalu
Menurup Mr Yap, Tokong See Sian Tong telah beroperasi lebih 12 tahun yang lalu
Berbual sambil mendengar pemasalahan mereka
Berbual sambil mendengar pemasalahan mereka
Bersalaman bersama penduduk sebelum meninggalkan majlis
Bersalaman bersama penduduk sebelum meninggalkan majlis