Category Archives: Peniaga Kecil

Mangsa Kebakaran di AU5C & Rumah Kedai AU1 Terima Sumbangan ADUN

Hulu Kelang, 6 September 2015 – Pusat Khidmat Masyarakat DUnHulu Kelang tela menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Lembah Keramat AU5C dan Rumah Kedai AU1 yang telah disampaikan oleh Saari bertempat di PKM DUN Hulu Kelang.

Hj Abdullah Baba menerima sumbangan kebakaran dari Saari
Hj Abdullah Baba menerima sumbangan kebakaran dari Saari
Keluarga menerima sumbangan Kebakaran dari Saari
Keluarga Pn Hjh Norfuziah menerima sumbangan Kebakaran dari Saari
Keluarga En Mat menerima sumbangan kebakaran dari Saari
Keluarga En Mat menerima sumbangan kebakaran dari Saari
Peniaga kedai di Keramat AU1 menerima sumbangan kebakaran dari Saari
Peniaga kedai di Keramat AU1 menerima sumbangan kebakaran dari Saari

Bersama Peniaga Pasar Kuala Ampang Meraikan Sambutan Tahun Baru Cina

Hulu Kelang, 7 Februari 2015 – Saari telah diundang ke majlis sambutan tahun baru cina bersama peniaga Pasar Kuala Ampang anjuran JKKK yang telah diadakan di perkarangan tapak pasar Kuala Ampang.

Majlis dimulakan dengan jamuan makan
Majlis dimulakan dengan jamuan makan
Saari menyampaikan sumbangan buah limau dan ang pau kepada para peniaga
Saari menyampaikan sumbangan buah limau dan ang pau kepada para peniaga
Peniaga di pasar Kuala Ampang terdiri dari pelbagai peringkat umur dan bangsa
Peniaga di pasar Kuala Ampang terdiri dari pelbagai peringkat umur dan kaum
Majlis diakhiri dengan letupan mercum yang menjadi adat kaum cina
Majlis diakhiri dengan letupan mercum yang menjadi adat kaum cina

Dua Peserta MiMBAR DUN Hulu Kelang Terima Bayaran Pinjaman Kali Ke-2

Hulu Kelang, 5 Jun 2014 – Skim Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR) Selangor di bawah Program Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor telah melanjutkan permohonan peminjam peserta MiMBAR DUN Hulu Kelang buat kali kedua. Majlis penyerahan cek kepada peserta telah diadakan di PKM DUN Hulu Kelang.

Pengurus PKM DUN Hulu Kelang, En Helmizan Abd Karim menyampaikan cek RM5,000 kepada Puan Norshidah Husin@Othman peminjam MiMBAR fasa II yang berjaya di DUN Hulu Kelang sambil disaksikan oleh Pengurus Operasi MiMBAR Zon Ampang, Encik Ramlee Jamai
Pengurus PKM DUN Hulu Kelang, En Helmizan Abd Karim menyampaikan cek RM5,000 kepada Puan Norshidah Husin@Othman peminjam MiMBAR fasa II yang berjaya di DUN Hulu Kelang sambil disaksikan oleh Pengurus Operasi MiMBAR Zon Ampang, Encik Ramlee Jamai
Pengurus PKM DUN Hulu Kelang, En Helmizan Abd Karim menyampaikan cek RM5,000 kepada Puan MariaJaffar peminjam MiMBAR fasa II yang berjaya di DUN Hulu Kelang sambil disaksikan oleh Pengurus Operasi MiMBAR Zon Ampang, Encik Ramlee Jamai
Pengurus PKM DUN Hulu Kelang, En Helmizan Abd Karim menyampaikan cek RM5,000 kepada Puan Maria Jaafar peminjam MiMBAR fasa II yang berjaya di DUN Hulu Kelang sambil disaksikan oleh Pengurus Operasi MiMBAR Zon Ampang, Encik Ramlee Jamai

Sambutan Hari Ibu DUN Hulu Kelang Meriah

Hulu Kelang, 11 Mei 2014 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang dengan kerjasama Pusat Wanita Berdaya (PWB) Hulu Kelang telah menganjurkan Sambutan Hari Ibu peringkat DUN Hulu Kelang yang telah diadakan di dataran Dewan Komuniti AU2A, Taman Sri Keramat.

Saari menyampaikan ucapan selamat hari ibu kepada semua wanita di DUN Hulu Kelang
Saari menyampaikan ucapan selamat hari ibu kepada semua wanita di DUN Hulu Kelang
Sebahagian wanita yang hadir pada majlis tersebut
Sebahagian hadirin yang hadir pada majlis tersebut
Pelbagai acara telah dijalankan antaranya pertandingan membuat karipap, khidmat kesihatan wanita percuma, kempen makanan sihat, kaunter MiMBAR dan aktiviti kanak-kanak
Pelbagai acara telah dijalankan antaranya pertandingan membuat karipap, khidmat kesihatan wanita percuma, kempen makanan sihat, kaunter MiMBAR dan aktiviti kanak-kanak
Pelbagai program telah dijalankan antaranya pertandingan membuat karipap
Seramai 15 peserta telah menyertai pertandingan membuat karipap
Wanita yang hadir membuat pemeriksaan kesihatan percuma
Penganjur turut membuka kaunter pemeriksaan kesihatan percuma khusus buat wanita di DUN Hulu Kelang
Kaunter MIMBAR turut dibuka bagi memberi peluang kepada penduduk untuk menceburi bidang perniagaan
Kaunter MIMBAR turut dibuka bagi memberi peluang kepada penduduk untuk menceburi bidang perniagaan melalui pinjaman dari Kerajaan Negeri Selangor
Saari melihat markah
Saari sajian daripada herba yang dihidangkan kepada penduduk yang hadir, antaranya pucuk kaduk dan Nasi Lemuni
Saari menyampaikan hadiah kepada 'Ratu Karipap DUN Hulu Kelang yang berjaya menangi pertandingan tersebut
Saari menyampaikan hadiah kepada Ratu Karipap DUN Hulu Kelang yang berjaya menangi pertandingan tersebut

Mesyuarat Bersama Peniaga Flat PKNS Keramat AU3/1

Hulu Kelang, 31 Oktober 2013 –  Saari telah mengadakan mesyuarat bersama peniaga Flat PKNS Keramat AU3/1 yang menerima notis dari Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Saari mempengerusikan mesyuarat berbincang
Saari mempengerusikan mesyuarat berbincang mencari jalan penyelesaian antara peniaga, MPAJ dan penduduk
En Aladdin menceritakan pengalaman meniaga lebih 20 dan kesukaran menerima tawaran dari MPAJ walu sudah membuat permohonan mendapatkan kedai tawaran
En Aladdin menceritakan pengalaman meniaga belasan tahun dan kesukaran mendapatkan ruang berniaga dari MPAJ walaupun sudah beberapa kali turun naik membuat permohonan mendapatkan kedai MPAJ
Beberapa perkara telah dibangkitkan oleh peniaga antaranya kedai IKS di AU3 yang tidak beroperasi dan disewakan kepada individu lain dan kesedian mereka untuk pindah berniaga jika ditawarkan kedai oleh MPAJ
Beberapa perkara telah dibangkitkan antaranya kedai makan IKS di Keramat AU3 yang tidak beroperasi dan disewakan kepada individu lain serta kesediaan mereka untuk berpindah jika ditawarkan kedai oleh MPAJ
Notis yang diterima oleh peniaga
Notis yang diterima oleh peniaga
Hasil dari mesyuarat tersebut peniaga bersetuju diadakan mesyuarat susulan bersama MPAJ, Ahli Majlis dan Saari pada Isnin, 4 November di Flat PKNS Keramat AU3
Hasil dari mesyuarat tersebut peniaga bersetuju diadakan mesyuarat susulan bersama MPAJ, Ahli Majlis dan Saari pada Isnin, 4 November di Flat PKNS Keramat AU3

Bertemu Masyarakat Cina di Kuala Ampang

Hulu Kelang, 21 April 2013 – Saari bersama Azmin Ali telah turun bertemu masyarakat cina di kedai-kedai dan Pasar Pagi Kuala Ampang. Alhamdulillah sambutan penduduk terhadap calon Pakaran Rakyat di Kuala Ampang amat menggalakkan.

Kehadiran Saari disambut penduduksetempat
Kehadiran Saari disambut penduduk setempat
Menyampaikan ucapan memberi pencerahan dan beberapa maklumat terhadap pencapaian beliau di Kuala Ampang
Menyampaikan ucapan mengenai pencapaian yang telah lakukan oleh beliau  di Kuala Ampang
Azmin Ali menyampaikan ucapan berharap pada pilihanraya kali ini pengundi dapat melakukan perubahan lebih besar
Azmin Ali menyampaikan ucapan berharap pada pilihanraya kali ini pengundi dapat melakukan perubahan lebih besar sehingga Pakatan Rakyat dapat memerintah Putrajaya
Penduduk mengerumi Saari dan Azmin Ali mendengar ucapan yang disampaikan
Penduduk mengerumi Saari dan Azmin Ali mendengar ucapan yang disampaikan
Saari menyampaikan 10 buah tongsampah kepada peniaga kedai di Kuala Ampang
Saari menyampaikan 10 buah tong sampah kepada peniaga-peniaga kedai di Kuala Ampang
Saari dan Azmin Ali bertemu pengunjung dan peniaga Pasar Pagi Kuala Ampang
Saari dan Azmin Ali bertemu pengunjung dan peniaga Pasar Pagi Kuala Ampang

Mesyuarat Selesaikan Isu Medan Selera FELDA AU2

Hulu Kelang, 4 Julai 2012 – Lanjutan operasi penutupan Medan Selara FELDA AU2 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada minggu lalu, Saari telah mengatur satu pertemuan bersama peniaga dan jabatan-jabatan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang berkaitan bagi membincangkan perkara tersebut.

Saari mempengerusikan mesyuarat. Turut hadir En Razali Ramly, ahli majlis MPAJ

Mesyuarat diadakan dengan matlamat untuk mencari jalan penyelesaian ke hadapan serta langkah-langkah bagi meningkatkan kualiti dan gred penyediaan makanan di medan selera. Kedua-dua belah pihak peniaga dan MPAJ bersetuju dengan 7 keputusan yang dicapai di akhir mesyuarat.

  1. Peniaga bersedia menerima satu lagi taklimat menyeluruh berkenaan kawalan kebersihan dan penyediaan makanan daripada MPAJ. Wakil rakyat dan ahli majlis turut dijemput.
  2. MPAJ perlu mengesahkan saiz sambungan bangunan yang piawai bagi keseluruhan gerai melalui proses pemutihan.
  3. MPAJ perlu menyemak prestasi kontraktor pembersihan pemproses sisa pepejal bagi memastikan kebersihan di tahap yang memuaskan.
  4. MPAJ perlu menyediakan cadangan pembaikpulihan infrastruktur medan selera seperti longkang dan diajukan kepada ADUN untuk permohonan peruntukan geran Selangorku.
  5. Setiap peniaga perlu menyediakan tong sampah dan menguruskan sampah masing-masing mengikut peraturan.
  6. MPAJ perlu melakukan pemantauan yang lebih kerap dan mengenakan denda bagi peniaga yang engkar.
  7. MPAJ perlu membaiki sistem pengurusan perangkap sisa minyak (grease trap) yang sedia ada. MPAJ disaran bekerjasama dengan Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Hulu Kelang telah berjaya menganjurkan program pengurusan sisa minyak di peringkat surau masjid dengan Lembaga Urus Air Selangor.
Mesyuarat dihadiri oleh Jabatan Penilaian Pengurusan Harta dan Jabatan Perkhidmat Bandar dan Kesihatan dan wakil peniaga
Wakil penduduk menyatakan keadaan infrastruktur medan selera yang semakin uzur