Category Archives: Diari YB

Ribuan Penduduk Hadir di Majlis Rumah Terbuka Eidulfitri Kerajaan Negeri Selangor di Hulu Kelang

Hulu Kelang, 9 Julai 2016 – Kerajaan Negeri Selangor telah menganjurkan majlis sambutan rumah terbuka Eidulfitri 2016 di DUN Hulu Kelang dan telah berlangsung di Padang MPAJ AU2A, Taman Seri Keramat.

Bersama Exco dan JKKK Kg Kemensah
Saari bersama penduduk (Mak Pah) yang hadir menaiki motosikal elektrik
Dato’ Menteri Besar bergambar bersama keluarga dan tetamu yang hadir
Pelbagai agama dan bangsa hadir meraikan majlis tersebut
Pelbagai menu disediakan kepada pengunjung yang hadir
Bergambar bersama tetamu dan penduduk

Meraikan Petugas Gombak Berbuka Puasa Bersama Calon PRK Sg Besar

Hulu Kelang, 4 Julai 2016 – Mantan calon PRK Sg Besar, Ust Azhar telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama petugas Amanh Gombak bagi menghargai jasa yang telah diberikan sepanjang PRK berlangsung.

Ucapan aluan Saari selaku Ketua Amanah Gombak
Ucapan YB Dr Hatta Ramli selaku Pengarah Pilihanraya
Ucapan penghargaan oleh mantan calon, Ust Azhar Abd Syukor kepada petugas AMANAH Gombak
Penyerahan borang keahlian Amanah dari DM Pasir Panjang kepada Ust Azhar
Sebahagian ahli Amanah yang hadir pada majlis tersebut
Majlis diakhiri dengan majlis berbuka puasa

Ziarah Bapa Sakit Di Hospital

Wangsa Maju, 27 Jun 2016 – Saari telah menziarahi bapanya yang dikejarkan ke hospital selepas mengadu sesak nafas. Alhamdulillah bapa beliau stabil dan dibenarkan pulang ke rumah dalam sehari dua lagi sekepas pemeriksaan rapi dijalankan oleh pihak hospital.

Saari bersama Aliza, kakak dan ank buah menziarahi bapanya yang sedang menerima rawatan
Saari bersama Aliza, kakak dan anak buah menziarahi bapanya yang sedang menerima rawatan

Meraikan 750 Peserta Jom Shopping Ramadhan DUN Hulu Kelang

Hulu Kelang, 11 & 12 Jun 2016 – Saari telah meraikan peserta Jom Shopping sempena Ramadhan bagi DUN Hulu Kelang yang telah berlangsung di Pasaraya Giant, Taman Permata.

image
Seramai 750 orang telah menerima baucer jom shopping sumbangan Kerajaan Negeri
image
Setiap peserta menerima baucer bernilai RM100
image
Beramah mesra bersama penduduk yang sedang membeli belah
image
Pelbagai latar belakang penduduk dari keluarga kurang berkemampuan menerima baucer yang diberikan
image
Staf Giant yang banyak membantu menjayakan program Jom Shopping