Category Archives: Uncategorized

Kenyataan Akhbar : PR Selangor Sahut Cabaran Najib

KENYATAAN AKHBAR

25 APRIL 2013

PR SELANGOR SAHUT CABARAN NAJIB

Pakatan Rakyat Selangor menyambut cabaran Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak untuk membentangkan kad laporan kecemerlangan pentadbiran negeri sepanjang 5 tahun ini.

Kita akan membentangkan kad laporan ini di Klang pada 1 Mei sempena siri jelajah manifesto yang disertai Presiden Keadilan, Dato’ Seri Wan Azizah.

Kita menjemput dan mengalu-alukan kehadiran Barisan Nasional untuk menyaksikan pembentangan ini termasuk calon-calon Menteri Besar Barisan Nasional.

Sekarang saya pula mencabar Najib untuk benar benar menghormati  Akujanji Integriti yang antara lain untuk tidak mengamalkan kempen merasuah para pengundi.

Ini kerana saya mendapat laporan satu gerakan besar-besaran yang dilakukan oleh Umno Selangor untuk membeli bilik gerakan Pakatan Rakyat serta telah mula menabur wang kepada pengundi sewaktu berkempen.

Pada masa yang sama, saya menyeru rakyat selangor tampil ke hadapan membuat laporan dan memberi maklumat  jika terdapat mana-mana calon, ejen mahupun penggerak parti politik menawarkan wang tunai ketika berkempen.

Laporan boleh dibuat kepada saya, SPR dan polis. Saya berharap Transparency International memantau isu ini supaya pilihan raya dijalankan secara adil dan bebas.

Najib juga menipu apabila melancarkan kempen Sayangi Selangor. Jika beliau menyayangi selangor beliau patut hormati semangat federalisma yang termaktub dalam Perlembagaan yang mana kerajaan negeri dibenarkan mentadbir tanpa kongkongan dari kerajaan Pusat.

Kenyataan Najib bahawa jika BN dapat menakluki selangor beliau sendiri akan pantau pentadbiran MB selangor menunjukkan bahawa Najib bukan sahaja tidak menghormati kedaulatan malah beliau tidak mempercayai calon bakal MB Umno yang dipilih.

Saya menganggap ini bukan kempen sayangi Selangor tetapi memperbodohkan rakyat Selangor kerana  banyak maklumat salah tentang negeri Selangor.

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
PENGERUSI PR SELANGOR

Menyampaikan Ceramah Kelompok di Dataran Sungai Sering

Hulu Kelang, 24 April 2013 – Saari telah menyampaikan ceramah kelompok anjuran Pakatan Rakyat Hulu Kelang yang telah diadakan di bilik gerakan Kg Melayu Sg Sering.

Saari menyampaikan ceramah mengajak rakyat membuat perubahan menuju Malaysia baru pada PRU13 dengan mengundi calon Pakatan Rakyat
Saari menyampaikan ceramah mengajak rakyat membuat perubahan menuju Malaysia baru yang lebih baik pada PRU13 ini dengan mengundi calon Pakatan Rakyat
Sebahagian penduduk yang hadr mendengar ceramah yang disampaikan
Sebahagian penduduk yang hadr mendengar ceramah yang disampaikan

Meninjau Bilik Gerakan Pakatan Rakyat Kampung Kemensah

Hulu Kelang, 24 April 2013 – Saari telah hadir bertemu petugas dan membuat lawatan ke bilik gerakan Pakatan Rakyat Kampung Kemensah yang terletak di Jalan Utama Kg Kemensah.

Saari menyampaikan ucapan memberi kata-kata semngat kepada petugas parti untuk terus bekerja ke arah memenangkan calon Pakatan Rakyat di Gombak
Saari menyampaikan ucapan memberi kata-kata semngat kepada petugas parti untuk terus bekerja ke arah memenangkan calon-calon Pakatan Rakyat  Gombak
Saari menyampaikan sumbangan kepada Bilik Gerakan Kg Kemensah bagi menampung sedikit sebanyak perbelanjaan yang telah mereka keluarkan
Saari menyampaikan sumbangan kepada Bilik Gerakan Kg Kemensah bagi menampung sedikit sebanyak perbelanjaan yang telah mereka keluarkan
Bilik Gerakan Pakatan Rakyat Kg Kemensah terletak berhadapan dengan bilik gerakan Barisan Nasional di Jalan Utama Kg Kemensah
Bilik Gerakan Pakatan Rakyat Kg Kemensah terletak berhadapan dengan bilik gerakan Barisan Nasional 

Menyampaikan Bantuan Asas Makanan Kepada 20 Keluarga Di Flat Sri Impian

Hulu Kelang, 21 Mac 2013 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang dengan kerjasama Pemuda PAS Gombak telah menyampaikan sumbangan kebajikan berupa barangan keperluan asas makanan kepada 20 keluarga susah di Flat Sri Impian, Ukay Perdana.

Ketua Pemuda PAS Gombak, Ust Syarhan Humaizi menyampaikan ucapan terima kasih di atas kesudian penduduk menerima sumbangan dan berharap ianyan dapat meringankan sedikit bebanan keluarga
Ketua Pemuda PAS Gombak, Ust Syarhan Humaizi menyampaikan ucapan terima kasih di atas kesudian penduduk menerima sumbangan dan berharap ianya dapat meringankan sedikit bebanan keluarga
Seramai 20 keluarga telah menerima sumbangan yang disampaikan
Seramai 20 keluarga telah menerima sumbangan yang disampaikan
Sumbangan yang diberikan berupa barangan makanan seperti beras, tepung, susu, kicap, gula dan beberapa barangan keperluan yang lain
Sumbangan yang diberikan berupa barangan makanan seperti beras, tepung, susu, kicap, gula dan beberapa barangan keperluan yang lain
Seramai 20 keluarga telah menerima sumbangan yang disampaikan
Seramai 20 keluarga telah menerima sumbangan yang disampaikan
Saari mengambil kesempatan mendengar permasalahan penduduk sebelum meninggalkan majlis
Saari mengambil kesempatan mendengar permasalahan penduduk sebelum meninggalkan majlis