All posts by abumarwan

Perlawanan Futsal Jalin Persahabatan Masyarakat AU1B

Keramat AU1B, 1 Januari 2012 – Gelanggang Futsal yang baru dirasmikan ternyata mampu menjadi titik menyatupadukan masyarakat di AU1B. Ini dapat dilihat melalui program perlawanan persahabatan antara penduduk rumahpangsa dan rumah teres peringkat veteran dan remaja.

Kategori veteran dimenangi pasukan rumah teres manakala kategori remaja dimenangi pasukan rumahpangsa.

Konsert Hibur Didik di Ambang 2012 Tampil Kelainan

Renggo menyanyikan beberapa lagu

Greenwood, Gombak – Pas Kawasan Gombak meneruskan kesinambungan acara yang sama tahun lalu dengan menganjurkan Konsert Didik di Ambang 2012 bertempat di tapak pasar malam Greenwood, Gombak Setia. Tujuan konsert diadakan adalah untuk menunjukkan model hiburan yang dibenarkan dalam Islam dan menarik minat masyarakat untuk meraikan tahun baru dengan cara yang yang lebih tertib dan berakhlak.

Di antara penyanyi yang mengambil bahagian seperti kumpulan Nowseeheart, Renggo Arrow, Ejay Samudera dan Isa Gravity. Program yang bermula mulai pukul 9 malam diselang-seli dengan dikir barat, puisi dan cabutan bertuah.

Saari bersama YDP Pas Gombak Ustaz Sallehudin Nasir (tiga dari kanan) hadir sepanjang konsert

Menjelang detik 12 tengah malam, para pimpinan Pas kawasan Gombak dan hadirin dijemput bersama berzikir, berselawat dan menyanyikan lagu nasyid bersama artis jemputan. Doa dibacakan oleh Ustaz Farhan, timbalan Nazir Masjid Assobirin Hulu Kelang mengakhiri konsert sebagai tanda kesyukuran kepada Allah S.W.T

 

Menyambut detik 12 malam dengan selawat dan nasyid
Doa dibaca memohon keberkatan tahun baru

Program merupakan anjuran bersama Pas Kawasan Gombak, Pemuda Pas Kawasan Gombak, Nisa Gombak dan mendapat sokongan Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Gombak Setia dan Hulu Kelang.

Gunting Rambut Percuma di Masjid Al-Khairiah

Saari membantu memotong sedikit rambut salah seorang peserta

Taman Sepakat AU3, 31 Disember 2011 – Sempena sesi persekolahan 2012, Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Hulu Kelang dengan kerjasama Masjid Al-Khairiah, Jawatankuasa Penduduk (JKP) MPAJ Zon 1 dan 3 menganjurkan program Gunting Rambut Percuma bertempat di Masjid Al-Khairiah Au3.

Program yang dianjurkan bertujuan membantu ibu bapa mengurangkan perbelanjaan persediaan anak-anak ke sekolah. Seramai hampir 70 orang anak-anak sekitar Taman Sepakat dan Flat AU3 dan Flat UTM menyertai program ini.

Turut bersama dalam majlis, En Razali Ramly selaku Ahli Majlis MPAJ Zon 3 dan En Othman, AJK Masjid Al-Khairiah. Rata-rata ibu bapa berharap program begini boleh diteruskan pada masa-masa akan datang.

Sebanyak 3 stesen gunting rambut disediakan
Gunting rambut percuma - siapa tak nak?
Kanak-kanak bergembira kembali ke sekolah dengan rambut pendek

Persiapan Akhir Perasmian Futsal Baru AU1B

Penduduk Flat AU1B dan rumah teres sama menerima manfaat gelanggang futsal baharu

Keramat AU1B – Penduduk Taman Keramat Au1B mengalu-alukan satu kemudahan rekreasi dan riadhah apabila gelanggang futsal baru dibina di taman permainan oleh kerajaan negeri Selangor. Gelanggang ini dibina melalui peruntukan Hasil Negeri Untuk Rakyat, iaitu penjimatan hasil perbelanjaan berhemah kerajaan negeri sepanjang 2011.

Satu majlis perasmian akan diadakan pada 1 Januari 2012. Saari telah mengambil kesempatan meninjau persiapan akhir gotong-royong yang dilakukan oleh penduduk AU1B.

Saari beramah mesra dengan penduduk yang membantu persiapan
Remaja turut membantu membersihkan permukaan futsal

 

Ceramah Penerangan Pakatan Rakyat Di Taman Melawati

Taman Melawati, 30 Disember 2011 – Ceramah penerangan bertema “Pakatan Rakyat Ganti BN” telah diadakan di perkarangan Dewan Jalan E5, Taman Melawati. Ceramah kali ini membariskan pimpinan Pakatan Rakyat seperti YB Azmin Ali, YB Saari Sungib, YB Sim Tze Tzin, YB Amiruddin Shaari dan YB Dr. Hatta Ramli.