
AU3, 2 Feb 2012 – Saari dan isteri, Aliza telah meluangkan masa menyertai majlis bacaan yaasin dan tahlil bersama kariah Surau Ar-Raudhah, Taman Sri Andalas AU3.

AU3, 2 Feb 2012 – Saari dan isteri, Aliza telah meluangkan masa menyertai majlis bacaan yaasin dan tahlil bersama kariah Surau Ar-Raudhah, Taman Sri Andalas AU3.

Taman Melawati, 2 Feb 2012 – Majlis berbuka puasa sunat Khamis telah dianjurkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Hulu Kelang dengan kerjasama Masjid Al-Mardhiah mendapat sambutan yang menggalakkan.

Solat Maghrib berjemaah selepas berbuka puasa
AU2, 2 Feb 2012 – Menyedari terdapat sekumpulan remaja yang kerap bermain bola sepak di gelanggang terbuka bersebelahan Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Hulu Kelang, Saari telah mengambil inisiatif bertemu dan beramah mesra dengan sekumpulan remaja tersebut. Sebiji bola telah disumbangkan kepada kumpulan remaja tersebut.

Saari beramah mesra bersama remaja

Menyampaikan sumbangan bola kepada kumpulan remaja
Shah Alam, 1 Febuari 2012 - Saari sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Mengenai Agensi, Badan Berkanun dan Anak-anak Syarikat Kerajaan Negeri Selangor (JP ABAS) telah mengadakan mesyuarat bagi mendengar taklimat oleh PKPS Agro Industries Sdn. Bhd. (PAISB), sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor yang telah diadakan di Dewan Annex, Shah Alam. Taklimat tersebut adalah sebagai tindakan susulan daripada laporan Ketua Audit Negara Tahun 2010 terhadap anak syarikat kerajaan tersebut.

Wakil dari PAISB menyampaikan taklimat berkenaan tiga buah projek yang dijalankan oleh mereka seperti yang terkandung di dalam laporan Ketua Audit Negeri Selangor.
Berikut adalah lawatan JP ABAS ke tapak projek di Pasar Borong Selangor, PFC dan Premis Pengeluaran Baja Organik
Hulu Kelang, 1 Febuari 2012 – Melalui peruntukan projek kecil bagi menurap semula tempat parkir Dewan Masyarakat AU2A, gerak kerja penurapan sedang rancak berjalan mengikut apa yang telah dijadualkan.
Hulu Kelang, 30 Januari 2012 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah mengadakan majlis berbuka puasa sunat hari Isnin bersama penduduk Kg Pasir yang telah diadakan di Surau Al-Falahiyah Kg Pasir.
Hulu Kelang, 30 Januari 2012 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang telah meluluskan projek kecil bagi menurap semula tempat parkir kereta di hadapan Dewan Orang Ramai AU2A memandangkan kawasan tersebut sudah berlopak dan bertujuan memberi keselesaan kepada pengunjung yang hadir.
Selayang, 30 januari 2012 – Saari telah hadir pada hari Penyiasatan isu Ulu Kelang Recreation Club (UKRC) yang telah diadakan di Bilik Bicara, Pejabat Daerah dan Tanah Gombak.

Saari bersama Presiden UKRC, En Andrew Gopal, Pengerusi JKKK Kuala Ampang, En Lim Ying dan wakil MPAJ berbual bersama di luar Bilik Bicara sementara menunggu waktu perbicaraan

Presiden UKRC, En Andrew Gopal sedang menyampaikan maklumat berkaitan status sebidang tanah UKRC kepada Ahli Panel Bebas yang dilantik oleh Dato' Menteri Besar selangor

Pengerusi JKKK Kuala Ampang, En Lim Ying menyampaikan hasrat beliau dan penduduk Kuala Ampang berkenaan UKRC

Saari bersalam bersama Orang Besar Daerah Gombak yang menjadi ketua Panel penyiasatan, Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pawan Teh
Hulu Kelang, 29 Januari 2012 – Sempena Program Pemimpin Bersama Rakyat, satu ceramah penerangan rakyat telah diadakan bertempat di Dewan Sebaguna MPAJ AU2 Taman Seri Keramat.

Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat DUN Gombak Setia, Ust Salahuddin Nasir menyampaikan ucapan tujuan dan hasrat diadakan Program Pemimpin Bersama Rakyat yang telah berlangsung selama dua hari

Saari menyampaikan ceramah beliau mengulas apa yang dikeluarkan oleh Bank Negara bahawa Malaysia menduduki tangga keempat dunia dalam pengeluaran wang haram mencecah RM1.07 Trilion

Ahli Parlimen Kota Raja, YB Dr Mariah Mahmud menyampaikan ceramah beliau tentang kegagalan kerajaan Umno-BN menangani masalah kemiskinan yang semakin hari semakin ketara jurang antara yang miskin dan kaya

Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad menyampaikan ceramah beliau berkaitan perlantikan EXCO yang baru di mana ianya telah dipersetujui oleh semua pimpinan PAS diperingkat negeri dan pusat
Recent Comments