|
Belia
|
|
Written by Urwah Saari
|
|
Seri Gombak - Sempena Karnival Belia (KARIB 2010), Saari telah diundang untuk merasmi dan melancarkan Alternative Riding Club (ARC) Peringkat Gombak. Tujuan ARC adalah untuk mendidik dan mengajar para belia kaedah dan cara-cara yang betul dalam menunggang dan mengendalikan motosikal. ARC mendapat sambutan hebat daripada para belia. Dilancarkan pada tahun 2007, kini di seluruh negara ARC mempunyai lebih 4,000 orang ahli Saari melancarkan ARC Peringkat Gombak dan menyerahkan baju baru ARC kepada Yasir Said, bekas juara Cup Prix 2007-2008 sambil disaksikan oleh YDP PAS Kawasan Gombak, Ustaz Salehuddin Nasir dan Ustaz Sharhan, Ketua Dewan Pemuda PAS Gombak Saari duduk di atas motosikal 1,000 c.c milik Yasir Said dikelilingi oleh ahli-ahli ARC Gombak |
|
|
Nasional
|
|
Written by Urwah Saari
|
|
Kajang - Satu pertemuan khas para Reformis telah diadakan di atas permintaan Anwar Ibrahim di kediaman bapanya, Dato' Ibrahim. Saari telah diundang khas menghadiri pertemuan tersebut. Anwar menjawab banyak soalan yang dikemukakan oleh Reformis. Saari turut menjelaskan beberapa perkara yang berkaitan dengan halatuju kebajikan para Reformis "Reformis" ditakrifkan sebagai seorang yang secara konsisten telah menyertai perjuangan Reformasi sejak September 1998 hingga kini dan tidak melompat untuk menyertai atau memihak kepada Umno-BN Lebih 100 orang Reformis telah menghadiri majlis dialog bersama Anwar Ibrahim. Beberapa bulan yang lalu Saari telah dipilih untuk menjadi pengerusi jawatankuasa protem penubuhan satu badan khas yang menaungi para Reformis |
|
Hubungan Antara Kaum & Agama
|
|
Written by Urwah Saari
|
|
Kuala Ampang - Selepas menyempurnakan solat tarawih dan menyampaikan tazkirah, Saari sempat hadir ke sambutan adat kaum Cina di Kuala Ampang. Saari bersama JKKK Kuala Ampang dan pemimpin Hungry Ghost Festival Menurut kepercayaan kaum Cina, Sambutan Hungry Ghost adalah acara tahunan bagi 'memberi makan' kepada 'hantu-hantu berkeliaran tanpa rumah' |
|
|
Alam Sekitar
|
|
Written by Urwah Saari
|
|
Hulu Kelang - Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Saari berkesudahan dengan persetujuan pada dasarnya oleh pemaju untuk membuat cadangan semula ke atas pembinaan kolam kumbahan alternatif. Pemaju akan mengemukakan cadangan tersebut kepada pihak-pihak berkenaan dalam masa terdekat. Wakil-wakil daripada MPAJ, SPAN, IWK, JPS dan Jabatan Alam Sekitar hadir dalam isu bantahan penduduk Hillside Apartment terhadap pemaju di atas kelulusan pembinaan kolam kumbahan bersebelahan dengan apartment mereka |
|
Isu Selangor
|
|
Written by Urwah Saari
|
|
Shah Alam - SELCAT telah mengadakan pendengaran awam satu hari mengenai kes pembangunan kawasan perkuburan bukan Islam di Daerah Petaling dan di bawah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Dato' Bandar MBSA, Pegawai-pegawai Daerah Petaling dan Klang dan pihak pemaju telah dipanggil bagi memberi keterangan. Pendengaran awam tersebut telah menunjukkan bahawa pihak pemaju telah melanggar undang-undang dengan membangunkan empat plot tanah seluas lebih 50 ekar tanpa kebenaran pertukaran syarat serta tanpa kebenaran merancang dan juga tanpa kelulusan pelan pembangunan SELCAT akan menyediakan penyata (dan mungkin usul) ke Dewan Negeri bagi tindakan pihak Kerajaan Negeri |
|
|
|
|
|
|
Page 1 of 8 |