HuluKelang.Com

Majlis Khatam Al-Quran Sg Sering & Ukay Perdana PDF Print E-mail
Written by Urwah Saari   

Sg Sering - Pusat Khidmat DUN Hulu Kelang dengan kerjasama Pusat Khidmat Zon Sg Sering & Ukay Perdana dan Surau Nurul-Hijrah Al-Khalidiyah Sg Sering telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran bagi wanita-wanita di Sg Sering dan Ukay Perdana.

Saari mengingatkan hadirin dan hadirat bahawa majlis khatam Al-Quran bukan bermakna Al-Quran tidak dibuka lagi selepas Ramadhan, sebaliknya majlis khatam Al-Quran hendaklah dijadikan satu majlis pernyataan komitmen untuk terus membuka mushaf-mushaf Al-Quran untuk tilawah, mempelajari isi kandungan serta mengamalkan Al-Quran

Peserta dewasa dan kanak-kanak dari Ukay Perdana

Saari menyampaikan penghargaan kepada peserta kanak-kanak lelaki
En Abdul Latif Shaari, Ahli Majlis MPAJ turut memeriahkan majlis dengan menyampaikan cenderahati kepada peserta
AJK Surau Nurul Hijrah bersama peserta-peserta lelaki
Peserta kanak-kanak perempuan dari Sg Sering dan Ukay Perdana
 
252 Anak Yatim Terima Sumbangan Hari Raya PDF Print E-mail
Written by Urwah Saari   

Hulu Kelang - Majlis penyampaian sumbangan kepada ibu tunggal dan anak-anak yatim sempena Hari Raya Eidul Fitri telah disempurnakan di Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Gombak di Taman Melawati. Seperti tahun lalu, Ahli Parlimen memberi sumbangan kepada ibu tunggal dan wanita susah manakala ADUN pula memberi sumbangan kepada anak-anak yatim.

YB Azmin Ahli, Ahli Parlimen memberi sumbangan kepada lebih 500 wanita-wanita ibu tunggal seluruh Kawasan Parlimen Gombak di mana seramai 190 orang adalah dari DUN Hulu Kelang
ADUN pula memberi tumpuan mendapatkan senarai dan memberi sumbangan kepada anak-anak yatim di DUN Hulu Kelang
Seramai 252 anak yatim telah berjaya dipanggil untuk menerima sumbangan
Senarai anak-anak yatim didapati dari semua 18 zon di DUN Hulu Kelang termasuk mereka yang tinggal secara transit di Ampang dan Bukit Cheras
Pusat Khidmat DUN Hulu Kelang masih berusaha untuk mendapatkan penerima di kalangan anak-anak yatim yang belum tersenarai
Saari berusaha agar tiada seorang pun anak yatim tertinggal tidak mendapat sumbangan Hari Raya Eidul Fitri pada tahun ini

 

 
Khatam Al-Quran Surau Nurus Saadah AU3 PDF Print E-mail
Written by Urwah Saari   

AU3 - Surau Nurus Saadah telah mengadakan majlis Khatam Al-Quran sempena malam-malam sepuluh akhir Ramadhan. Majlis mendapat penyertaan yang amat menggalakkan daripada ahli-ahli kariah. Saari telah hadir bagi menyempurnakan penyampaian hadiah dan cenderahati.

Saari mengingatkan hadirin dan hadirat bahawa majlis khatam Al-Quran hendaklah dijadikan sebagai satu pernyataan komitmen masyarakat untuk terus membaca, memahami, menghayati serta melaksanakan tuntutan-tuntutan Al-Quran sepanjang bulan-bulan seterusnya selepas Ramadhan

Sambutan ahli-ahli kariah di segi penyertaan dan sumbangan wang ringgit adalah amat luar biasa
Peserta tadarus kanak-kanak sedang mentilawahkan Al-Quran
Peserta kategori dewasa turut disertai oleh warga emas
Saari menyampaikan cenderahati kepada ketua tadarus
Semua yang mengambil bahagian dan menjayakan majlis tadarus sepanjang Ramadhan menerima hadiah dan cenderahati
 


Page 3 of 17

You are here  :
Selamat Datang ke Saari-Sungib.Com
Selamat Datang ke Saari-Sungib.Com