|
Written by Urwah Saari
|
|
Hulu Kelang - DUN Hulu Kelang menerima sumbangan sebanyak RM3,000 daripada PEKAWANIS untuk diagihkan kepada 10 keluarga miskin di Hulu Kelang. Dengan bantuan JKKK, seramai 3 keluarga dari Kg Klang Gate, 3 keluarga dari Kg Pasir dan 4 keluarga dari Kg Kemensah telah dipilih untuk menerima sumbangan tersebut. Saari dan Aliza (mewakili PEKAWANIS) memberi penerangan tentang sumbangan daripada PEKAWANIS Setiap keluarga menerima RM300 tunai Ibu tunggal dari tiga kampung dalam DUN Hulu Kelang dipilih buat kali ini Seramai 10 ketua keluarga hadir dalam majlis penyampaian tersebut |
|
|
Written by Urwah Saari
|
|
Ukay Bistari - Sifat mulia melindungi dan memberi bantuan kepada anak-anak yatim disempurnakan oleh ahli-ahli kariah Surau Al-Ukhuwwah dan penduduk Taman Ukay Bistari dalam bulan Ramadhan. Seramai 35 anak yatim dari Pusat Belaian Kasih telah hadir ke majlis penyampaian sumbangan dan berbuka puasa di surau tersebut. Saari telah diundang bagi tujuan penyampaian sumbangan tersebut. Seramai 35 orang anak yatim dari Pusat Belaian Kasih Ukay Perdana telah hadir ke Surau Al-Ukhuwwah Saari menyampaikan sumbangan sambil diperhatikan oleh Hj Zainal Ali, Pengerusi Surau Al-Ukhuwwah dan Hj Ghazali, Pengerusi Persatuan Penduduk Ukay Bistari Mengasihi anak-anak yatim adalah satu amalan yang amat mulia Memberi makan kepada anak-anak yatim dalam majlis berbuka puasa |
|
Written by Urwah Saari
|
|
Kuala Ampang - Selepas menyempurnakan solat tarawih dan menyampaikan tazkirah, Saari sempat hadir ke sambutan adat kaum Cina di Kuala Ampang. Saari bersama JKKK Kuala Ampang dan pemimpin Hungry Ghost Festival Menurut kepercayaan kaum Cina, Sambutan Hungry Ghost adalah acara tahunan bagi 'memberi makan' kepada 'hantu-hantu berkeliaran tanpa rumah' |
|
|
|
|
Page 7 of 17 |